Aku mula menunaikan janji untuk memotong rambut anak muridku yang gagal dalam peperiksaan dengan syarat markah mereka tidak sampai 10 dan kebawah. ada 8 orang yang bernasib tidak baik dan aku sebagai seorang guru yang telah berjanji telah mula memotong rambut mereka, namun tindakan aku mula mendapat reaksi negatif dari kalangan ibubapa mungkin kerana telah tersilap untuk memotong rambut mereka dengan agak kasar dan terpaksa membaiki di kedai gunting rambut. Isu ini telah menjadi hangat akibat daripada desakan PIBG sekolah dan namaku telah naik di pengetahuan guru besar. Aku sebagai seorang pendidik telah berusaha untuk menyelesaikan isu tersebut namun tidak berhasil.
Aku mulai kesal bukan kerana memotong namun atas sikap penjaga-penjaga yang mengambil mudah dan tidak memahami niat disebalik hukuman tersebut. Ini telah menyusahkan pelbagai guru berhampiran yang tidak bersalah terutama guru besar. Sebenarnya aku telah beberapa kali memotong rambut murid kerana panjang dan berfesyen sebelum ini namun tidak timbul isu seumpama ini dari tahun-tahun lepas. Adakah murid berubah ataupun penjaga yang berubah sikap? Niat aku untuk mendidik mereka untuk lebih fokus dalam mata pelajaran di sekolah lebih lagi kerana peperiksaan semakin hampir, aku ingin meraka lebih fokus untuk belajar tanpa ada gangguan yang remeh seperti rambut, bagiku rambut jikalau dipotong sekalipun akan tetap panjang jika diberi masa yang cukup, ia tidak akan kekal pendek. Adalah aku silap dalam percaturan ini?
Harini, beberapa orang murid telah mengadu dan membuat aduan mengenai gejala merokok dan vape yang kian menular di kalangan pelajar sekolahku. Sebagai seorang pendidik aku mengambil serius akan perkara ini dan memanggil mereka yang terlibat untuk disoal siasat bagi mendapat gambaran jelas mengenai isu tersebut. Walaupun di dalam jiwa agak berang atas murid-murid yang terlibat namun aku cuba mengawal diri dan memberi kes ini kepada guru displin. Kuasa guru displin agak terbatas atas peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh KPM namun aku sedar batas kuasaku selaku seorang guru biasa. Perkara yang telah membuatku panas adalah terdapat dari kalangan pesalah itu dari murid tahun SATU. Adakah wajar untuk aku membiarkan perkara ini berlarutan dan ia terus menjadi kanser yang akan merebak jika tidak dirawat awal. Aku Seorang Guru Berjiwa Pendidik akan cuba selesaikan perkara ini semampu yang mungkin.
Sebelum waktu persekolahan tamat, aku dikunjungi oleh beberapa pengadu sebelum ini dan mendapat tahu bahawa mereka telah dipukul oleh beberapa pesalah yang melakukan kesalahan merokok itu. Sebelum aku sempat menangani isu tersebut, aku sekali lagi dipanggil oleh guru besar di dalam pejabatnya dan beliau telah meluahkan pendapat tentang tindakan yang telah aku lakukan sebelum ini dan kali ini isu merotan di dalam kelas pula. Aku sedar tindakan merotan kerana tidak siapkan kerja sekolah itu mungkin agak kasar namun bagiku itu sebagai satu keperluan dalam mendidik murid untuk lebih fokus dalam menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru-guru. Tapi bila aku cuba kemukakan isu murid merokok kepada guru besar, dia seperti tidak mengendahkannya, bagiku ini sangat tidak wajar dilakukan sebagai seorang pentadbir sekolah. Aku tau dari segi percakapannya, dia seperti mempunyai isu yang lebih penting untung diselesaikan dan aku akan tunggu dan lihat bagaimana dia menangani isu ini nanti.Menjadi persoalan semasa berada di dalam pejabat guru besar itu, apakah tahap pelajaran menjadi satu tiket untuk kita menunjukan darjat kita lebih tinggi daripada mereka yang kurang berpelajaran? bagiku itu semua dusta, dan minda yang terpelajar adalah lebih berfikiran luas dan ilmu bukanlah untuk disalah guna sebegitu bila berhadapan dengan orang lain. Kita adalah hamba di Bumi Allah dan kita tidak harus berbangga diri atas segulung "kertas".
Aku juga telah mendengar merotan dalam islam adalah dibenarkan dari seorang ustaz dan niat merotan itu hendaklah untuk mendidik bukan menghukum,
"Dalam kaedah mendidik anak-anak, salah satu cara yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. ialah kaedah rotan (AAbdullah Nasih Alwan 1974). Kaedah ini diekstrak daripada Hadis Nabi s.a.w. tentang kewajipan ibu-bapa mengajar anak-anak akan ibadat solat. Nabi s.a.w. bersabda:
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر سنين، وفرقوا بينهم في المضاجع
Maksudnya: Suruhlah anak-anakmu bersolat ketika mana mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (sekiranya mereka tidak mengerjakan solat) ketika mana mereka berumur 10 tahun dan pisahkan tempat tidur antara mereka (iaitu anak lelaki dan perempuan).
(HR Abu Daud: 495)
Hadis ini menunjukkan bahawa ibadat solat merupakan ibadat yang asas dalam kehidupan manusia sebagai seorang muslim. Ibadat solat diumpamakan sebagai tiang agama, yang mana sekiranya ibadat ini gagal dilaksanakan dengan sempurna, maka seolah-olah ia telah meruntuhkan agamanya (Al- Azim Abadi 1995).
Selain itu, hadis ini juga menunjukkan bahawa dalam aspek pendidikan, kaedah rotan adalah dibenarkan. Hukuman rotan boleh dilaksanakan atas dasar untuk mendidik dan merupakan pilihan terakhir. Hukuman dengan cara merotan ini tidak boleh dilaksanakan pada kali pertama kesalahan anak atau murid. Setiap kesalahan itu haruslah terlebih dahulu dijelaskan kedudukannya. Kemudian, penekanan kepada tindakan atau tingkah laku yang betul perlu diberikan. Peluang untuk memperbaiki kesalahan juga perlu diberi. Pendekatan untuk menggunakan rotan ini dapat diambil daripada hadis Nabi s.a.w. yang disebut di atas tadi. Tempoh tiga tahun ditetapkan dalam hadis tadi sebagai tempoh tarbiyyah atau tempoh mendidik bagi ibadat solat (Abdullah Nasih Alwan 1974)."
Aku terasa sangat terkilan atas kekangan yang berlaku dalam mendidik pada masa kini, kerana bagiku mereka adalah penyambung tradisi dan masa depan negara ini, bak kata perpatah "ingin melentur buluh biarlah dari rebungnya", adakah kita ingin melihat generasi masa depan terus hanyut dan tanpa didikan awal serta asas yang kukuh? aku sebagai seorang guru berjiwa pendidik kesal dengan pendekatan yang di ambil kerajaan sekarang kerana bagiku rotan dan hukuman adalah perlu bagi membina gerasi yang akan menjadi penyambung masa depan negara. Ibubapa dan penjaga perlulah memainkan peranan dalam mendidik di rumah bukan sekadar memberi mereka gajet untuk mereka leka dibuai alam siber tanpa mempunyai faedah dan pengawasan. Aku mungkin berfikiran "old-school" namun aku tau jiwa pendidik dahulu adalah lebih besar dan berjasa dari sekarang. Dinamakah hala tuju aku selepas ini? sebagai seorang Pendidik Anak Bangsa.






























