14.1 Pengenalan
Penilaian
Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen pentaksiran yang
dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru
mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Demi
menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan
dilaksanakan untuk meningkatkan kesahan
dan kebolehpercayaan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.
PBS di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah terdiri
daripada 2 bentuk iaitu Kerja
Kursus (PEKA) dan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)
14.2 PEKA
Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA) merupakan salah
satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Peka sains
dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang melalui prosedur yang
ditetapkan oleh LPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia). Peka Sains dilaksanakan
oleh pihak sekolah dan ditaksirkan oleh guru-guru di sekolah secara berterusan
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Demi menjamin
kualiti pelaksanaan PEKA Sains, mekanisme penyelarasan, pemantauan dan
pengesanan dilakukan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan keesahan skor
pentaksiran.
Pentaksiran
Kerja Amali Sains (PEKA Sains) merupakan pentaksiran berasaskan sekolah. PEKA
Sains dilaksanakan untuk mentaksir konstruk kemahiran proses sains, kemahiran
menyelesaikan masalah secara saintifik, kemahiran manipulatif sains dan nilai
murni serta sikap saintifik semasa pelajar menjalankan aktiviti, eksperimen,
penyiasatan atau kajian lapangan.
Pentaksiran ini merupakan proses mendapatkan evidens dan membuat penghakiman terhadap penguasaan dan penghayatan pelajar terhadap konstruk yang telah dikenalpasti berdasarkan standard yang telah ditetapkan. PEKA Sains ini dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. PEKA Sains merupakan pelengkap kepada kurikulum sains di sekolah.
Pentaksiran ini merupakan proses mendapatkan evidens dan membuat penghakiman terhadap penguasaan dan penghayatan pelajar terhadap konstruk yang telah dikenalpasti berdasarkan standard yang telah ditetapkan. PEKA Sains ini dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. PEKA Sains merupakan pelengkap kepada kurikulum sains di sekolah.
14.21 Objektif
PEKA
Untuk membolehkan pelajar:
·
Menguasai kemahiran kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif Sains
·
Memantapkan kefahaman dan pengetahuan tentang teori
dan konsep sains
·
Menerapkan sikap saintifik dan nilai- nilai murni.
14.3
STRUKTUR/FORMAT
Ciri-ciri
PEKA Sains
Dalam usaha untuk merealisasikan
konsep dan memenuhi keperluan pentaksiran, maka proses pentaksiran Sains
berdasarkan ciri-ciri berikut:
Keserasian dengan kehendak kurikulum
Keserasian dengan kehendak kurikulum
Format pentaksiran
berdasarkan sekolah dan jenis aspek yang ditaksir mengambil kira kemahiran
saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni yang ingin diperkembangkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Berpusatkan Pelajar
PEKA Sains ini memberi
peluang kepada murid untuk ditaksirkan apabila telah bersedia dan mempunyai
pengalaman dalam sesuatu perkara yang hendak ditaksir. Ini memberi peluang
pentaksiran dilaksanakan dalam keadaan tenang, selesa dan selaras dengan
rancangan pengajaran guru.
Telus dan Terbuka
Telus dan Terbuka
PEKA Sains memberi peluang
kepada murid untuk mengetahui:
* perkara yang ditaksir
* bagaimana perkara itu ditaksir
* bila perkara itu ditaksir
* dimana perkara itu ditaksir
Bolehlaksana dan sistematik
* perkara yang ditaksir
* bagaimana perkara itu ditaksir
* bila perkara itu ditaksir
* dimana perkara itu ditaksir
Bolehlaksana dan sistematik
Format pentaksiran ini
telah mengambil kira aspek-aspek berikut:
* kebolehlaksanaan pentadbiran pentaksiran
* tertib pelaksanaan pentaksiran
* kebolehlaksanaan pentadbiran pentaksiran
* tertib pelaksanaan pentaksiran
Kepelbagaian instrumen
Instrumen yang
digunakan:
·
Laporan dan kerja amali
·
Kerja lapangan
·
Aktiviti-aktiiti dalam kelas (simulasi dan mainan
peranan)
·
Folio
·
Projek
·
Buku skrap
·
Senarai semak
·
Model
·
Penilaian formatif dan berterusan
·
Pelajar digalakkan menguasai ilmu dan mendapatkan
pengalam sepanjang masa
·
Pelajar diberi peluang meningkatkan prestasi kerja dan
skor yang diperoleh.
·
Produk pelajar disimpan untuk tujuan koordinasi.
Kaedah Penilaian: Berterusan dan penilaian formatif
Penilaian
dilaksanakan untuk Tahun 3 hingga Tahun 6. Melalui jangkamasa penilaian ini
pelajar digalakkan menguasai pengetahuan dan pengalaman untuk memberi peluang
mereka memperbaiki kerja amali dan skor yang diperoleh.
Instrumen
Instrumen
ialah kaedah/mekanisme yang digunakan untuk mendapatkan evidens tentang tahap
penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang ditaksir.
Instrumen
yang digunakan ialah laporan amali dan senarai semak
3.1 Laporan Amali
Laporan
kajian yang berformat mengenai sesuatu tugasan penyiasatan daripada buku teks/
buku amali sains / sumber-sumber lain .
3.2 Senarai Semak
Senarai
semak ialah alat pentaksiran yang mengandungi suatu set pernyataan yang dirangka
dan disediakan secara terancang untuk menyemak konstruk II (Menjalankaneksperimen)
dan konstruk V (Sikap saintifik dan Nilai Murni)
Dokumen
dokumen yang diperlukan
·
Manual Pengurusan Pentaksiran Sains UPSR
1. PEKA : Panduan
Penilaian
2.
PEKA : Buku Laporan
PEKA : Buku Laporan
14.4 KONSEP
KONSTRUK YANG
DITAKSIR
Terdapat lima konstruk yang
ditaksir iaitu:
Konstruk I : Merancang eksperimen
Konstruk II : Menjalankan eksperimen
Konstruk III : Mengumpul dan merekod
data/ pemerhatian
Konstruk IV : Mentafsir data dan membuat kesimpulan / rumusan
Konstruk V : Sikap saintifik dan nilai murni
Konstruk
I : Merancang
eksperimen
Konstruk ini
menguji kebolehan calon mempamerkan perancangan menyeluruh yang mengandungi perkara berikut
dengan tepat :
1. Tujuan penyiasatan
2. Hipotesis
3. Semua pembolehubah yang terlibat
4. Bahan dan radas
5. Kaedah atau teknik
Konstruk II
: Menjalankan eksperimen
Konstruk ini menguji kebolehan
calon menjalankan eksperimen berdasarkan perancanganserta penggunaan dan pengendalian bahan/ radas:
1.Kebolehan mengguna dan mengendali bahan/ radas dengan cermat dan betul.
2.Kebolehan membersihkan bahan/ radas dengan cara yang betul.
3.Kebolehan menyimpan bahan/ radas dengan betul dan selamat.
4.Kebolehan melakar/ melukis
spesimen/ peralatan sains dengan susunan yang kebolehan calon mengumpul dan merekod data
dipamerkan melalui perkara berikut :
1. Boleh membina jadual dengan
pembolehubah dimanipulasi dan pemboleh ubahbergerak
balas yang betul.
2. Boleh melengkapkan data
pembolehubah dimanipulasikan dalam jadual dengan betul.
3. Boleh mencatatkan data/
pemerhatian pembolehubah bergerak balas yang diperolehi
daripada eksperimen dengan betul
Konstruk
IV : Mentafsir data dan membuat kesimpulan / Rumusan
Konstruk ini
menguji kebolehan calon mentafsir dan membuat kesimpulan/ rumusandipamerkan melalui perkara
berikut :
1. Boleh mentafsir data atau
menulis perbincangan atau melukis graf dengan kaedahyang betul:
•Tajuk graf
•Paksi berlabel dan berunit
•Skala seragam
•Bentuk graf sesuai dengan
eksperimen
2. Boleh
menyatakan hipotesis diterima atau ditolak.
3. Boleh
membuat kesimpulan / rumusan
Konstruk
V : Sikap saintifik dan nilai murni
Konstruk ini menguji kebolehan
calon penghayatan sikap saintifik dan nilai murni melalui :
1. Minat dan sifat ingin tahu
2. Sistematik
3. Bekerjasama
4.
Bertanggung jawab
Tanggungjawab Sekolah
Sebelum Pentaksiran
·
Menerima
surat pekeliling PEKA daripada JPN
·
Menerima
dokumen PEKA daripada JPN
·
Pengetua
menubuhkan Jawatankuasa PEKA
·
Pengetua
melantik pentaksir bagi setiap mata pelajaran
·
Menghantar
senarai JK PEKA dan pentaksir
·
memperbanyakkan
dokumen PEKA untuk kegunaan pentaksir
·
menyediakan
jadual pelaksanaan PEKA dan menghantar salinan kepada JPN dan KP kawasan
·
Memberi
taklimat pelaksanaan PEKA kepada pelajar
·
Memastikan
setiap murid memiliki fail PEKA
Semasa Pentaksiran
·
Pentaksiran
dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
·
Penyelarasan
skor dilakukan oleh KP Sekolah
·
Pemantau
dalaman membuat pemantauan
·
Pentaksir
merekod skor dalam Borang Skor Individu
·
Pentaksir
menyimpan evidens pentaksiran dalam fail individu
·
Pentaksir
memaklumkan skor kepada pelajar yang ditaksir dan murid menandatangani Borang
Skor Individu bagi setiap taksiran
·
Pentaksir memindahkan skor dari Borang Skor Individu ke
Borang Gred Induk
Selepas Pentaksiran
·
Borang
Skor Individu disemak dan disahkan oleh Pengetua dan disimpan di sekolah
·
Borang
Gred Induk disemak dan disahkan oleh Pengetua. Satu salinan dihantar ke JPN
melalui KPKawasan
·
SU
Peperiksaan bertanggungjawab memastikan pentaksir sekolah memasukkan GRED calon
dalam aplikasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
·
SU
Peperiksaan menyerahkan salinan cetakan Borang Gred Induk calon untuk disahkan
oleh Pengetua
·
Mengeluarkan
sijil PEKA kepada calon
14.5 IMPLIMENTASI
Kerangka
Pelaksanaan
|
TAHUN
|
PERKARA
|
CADANGAN TARIKH
|
|
3,4,5
|
Kemaskini Penilaian Individu
Bentuk Skor
|
Februari-Oktober
November
|
|
6
|
Kemaskini Penilaian Individu
Bentuk Skor dan penilaian akhir
individu
Melengkapkan skor
Masukkan skor
|
Februari – 31 Julai
1 Ogos
2 Ogos
3-5 Ogos
|
|
|
menghantar disket dan skor ke PPD
menghantar disket dan skor ke JPN
|
7-8 Ogos
9-10 Ogos
|
Pernyataan Keputusan
|
KOD PENCAPAIAN
|
TAHAP PENCAPAIAN
|
|
1
|
Boleh menggunakan kemahiran dengan cemerlang serta mengamalkan sikap
saintifik dalam melakukan penyiasatan untuk menyelesaikan masalah
|
|
2
|
Boleh menggunakan kemahiran saintifik dalam melakukan penyiasatan
untuk menyelesaikan masalah
|
|
3
|
Boleh menggunakan kemahiran saintifik dengan bimbingan guru serta
mengamalkan sikap saintifik dalam melakukan penyiasatan untk menyelesaikan
masaalah.
|
|
4
|
Boleh menggunakan kemahiran saintifik dengan bantuan guru dalam
melakukan penyiasatan
|
Skor
yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan pelajar dan ini bolehdiperbaiki
dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa
Pemantauan
berterusan
Pemantauan
dilakukan secara berterusan bertujuan untuk memastikan PEKA Sains dilaksanakan
dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment