7.1 Definisi
Item Objektif
Item objektif memerlukan pelajar membuat pilihan jawapan yang betul daripada beraneka
pilihan atau memberikan jawapan dalam bentuk perkataan, jawapan pendek dan
melengkapkan ayat.
7.1.1
Item Lengkapkan
Item jenis ini adalah dalam bentuk satu
ayat dengan perkataan atau rangkai kata tertentu diganti dengan tempat kosong
untuk diisi oleh pelajar. Ayat boleh mengandungi
satu atau lebih tempat kosong.
7.1.2 Item
Betul-Salah
Satu pernyataan diberi dan calon
dikehendaki membuat pilihan, iaitu sama ada dia bersetuju atau tidak dengan
pernyataan itu. Item
ini merupakan sejenis soalan yang paling mudah dibina. Peluang untuk mendapat
jawapan adalah separuh (kelemahan utama).
7.1.3 Item Padanan
Item
ini memerlukan seseorang
calon memilih perkara di ruang kanan dengan perkara di sebelah
7.1.4 Item
Pengkelasan
Item
ini hampir sama dengan item padanan. Beberapa pernyataan atau tajuk
diberi dan kemudian diberikan beberapa
soalan berasaskan pernyataan atau tajuk
tersebut. Pelajar dikehendaki memilih perkataan/rangkai kata/ pernyataan
yang paling berkaitan dengannya. Huruf ditulis atau ditandakan di sebelahnya.
7.1.5 Item Objektif Jenis Anika Pilihan
Item jenis ini mestilah mempunyai tiga komponen asas yang
penting;
a.
Stimulus/rangsangan
Rangsangan dimaksudkan kepada teks, grafik, jadual, perbualan dan seumpamanya.
b.
Stem/ pokok soalan
Pokok soalan ialah bahagian yang mengandungi tugasan dan kebiasaannya berbentuk
ayat lengkap, ayat tidak lengkap dan soalan
c.
Pilihan/ opsyen
bermaksud perkara yang diberikan sebagai jawapan berbentuk angka, simbol, frasa, gambarajah
dan jadual. Komponen ini berfungsi sebagai pilihan betul dan juga
pengganggu.
Item jenis anika pilihan ini boleh dibahagikan kepada
beberapa bentuk yang berbeza antonim , sinonim ,jawapan
disenaraikan ,interpretif ,mencari kesilapan cantuman dan kloz.
7.2 Garis
Panduan Pembinaan Item Objektif
7.2.1 Reka Bentuk Ujian
Objektif sesuatu topik dan subtopik perlu dirujuk
terlebih dahulu agar tahap pengetahuan dan kefahaman murid boleh diukur secara
lebih spesifik.
7.2.2 Menulis Soalan Ujian
Terdapat banyak jenis item objektif ini, item aneka
pilihan, mengisi tempat kosong, jawapan soalan pendek, soalan betul-salah dan
soalan padanan namun pilihannya bergantung kepada hasil pembelajaran dan topik
dalam sukatan pelajaran.
Perkara berikut perlu diberi perhatian ketika menyediakan
item ujian;
a.
Arahan bagi setiap
jenis soalan mestilah mudah, ringkas dan tidak mengelirukan.
b.
Bahasa yang
digunakan juga mestilah jelas dan tidak mengelirukan
c.
Menulis item
soalan ini memerlukan pengetahuan yang spesifik
d.
Penulisan dalam
bentuk negetif boleh mengelirukan pelajar dan sepatut dielakkan
7.3 Skema
Pemarkahan
Menilai prestasi pelajar dengan menggunakan item objektif
ini amat mudah berbanding dengan penyediaan soalan. Tiada perbezaan markah
dicatatkan walaupun skrip jawapan diperiksa oleh pemeriksa yang berbeza.
Ujian objektif adalah
dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif,
pemeriksa yang berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa kertas
yang sama.
No comments:
Post a Comment