3.0 Alat-alat Pentaksiran
3.1 Portfolio
Portfolio
pelajar adalah dokumen yang merupakan koleksi bukti-bukti yang disediakan oleh
pelajar untuk menunjukkan penguasaan, kefahaman, aplikasi dan sintesis
konsep-konsep sains. Pentaksiran menggunakan strategi portfolio mengambil masa
yang agak lama namun dapat memberi ruang kepada pelajar untuk mendalaminya.
Bagi menyediakan portfolio yang berkualiti pelajar perlu menyusun, sintesis dan
menerangkan dengan jelas apa yang telah dipelajari. Oleh itu portfolio
merupakan refleksi pelajar keatas proses pembelajaran mereka sendiri.
3.2 Sampel kerja pelajar
Hasil kerja pelajar boleh digunakan sebagai alat
pentaksiran. Antara hasil kerja pelajar yang boleh digunakan sebagai bukti
pembelajaran pelajar dan dinilai ialah;
a.
Jurnal
Jurnal pembelajaran adalah koleksi nota, pemerhatian, pemikiran dan
bahan yang relevan dimana telah dibina dalam satu jangka masa tertentu. Jurnal pembelajaran membantu pelajar membuat refleksi
pembelajaran dan berpeluang untuk berkomunikasi mengenai proses berfikir
tentang apa yang telah dilakukan. Ia adalah bersifat peribadi kepada pelajar
berkenaan dan menggambarkan personaliti, kecenderungan dan pengalaman seseorang
pelajar.
b.
Buku Nota
Bahan-bahan
pembelajaran samada yang disampaikan oleh pelajar atau dicari sendiri oleh
pelajar dikumpul sebagai nota subjek. Berdasarkan buku nota tersebut penilaian
boleh dilakukan dari aspek adakah nota itu lengkap, merangkumi semua topik dan
maklumat yang detail. Persembahan nota juga boleh dinilai samada tersusun,
menggunakan pengurusan grafik, jelas dan menarik
c.
Laporan amali
Laporan
amali adalah satu laporan berformat yang dibuat selepas selesai sesuatu sesi
amali atau penyiasatan sains. Kandungan laporan amali adalah terdiri dari
tujuaneksperimen, prosedue, keputusan dan perbincangan. Laporan amali berfungsi
sebagai alat yang efektif dalam usaha memberi makna kepada apa yang telah
dilakukan oleh pelajar semasa sesi amali.
d.
Peta Konsep
Otak manusia
boleh diibaratkan sebagai hutan di mana terdapat puluhan ribu pohon dengan
ratusan ribu cabang besar, jutaan dahan dan ranting. Peta konsep dibuat dengan
cara yang sama seperti pohon yang mempunyai cabang-cabang dan ranting. Dalam
menyusun peta konsep otak kiri dan otak kanan dilibatkan. Ketika informasi baru
diserap dengan menggunakan peta-peta konsep, kapasiti penyimpanan akan
meningkat.Peta konsep atau peta pembelajaran adalah cara dinamik untuk
menangkap fakta-fakta utama informasi yang signifikan. Mereka menggunakan
format global atau umum, yang memungkinkankan informasi ditujukan dalam cara
mirip seperti otak kita berfungsi dalam pelbagi arah secara serentak. Dengan
demikian, proses menyajikan dan menangkap isi pelajaran dalam peta-peta konsep
mendekati operasi asas dalam berfikir tentang suatu subjek secara global dan
memungkinkan keluwesan pemikiran .
e.
Projek
Kaedah projek
yang diasaskan oleh John Deney, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu
melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Biasanya kaedah ini memberi
peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat
pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Kaedah ini member peluang kepada
pelajar untuk menunjukkan kreativiti, imaginasi dan bakat mereka dalam
menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru mengikut cara mereka sendiri.
Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam
situasi sebenar dan bermakna.
3. Aktiviti bilik darjah
Aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah seperti
pembentangan, perbincangan, dan sumbang saran dapat dijadikan sebagai alat
pentaksiran melalui pemerhatian oleh guru atau penilaian rakan sebaya. Untuk tujuan pelaksanaan pentaksiran guru
perlu bersedia untuk membuat pemerhatian denganmembuat keputusan tentang jenis
tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan. Masalah yang
mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah unsur
subjektif ketidakadilan. Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul
sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif
dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam
menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu
dilakukan ialah dengan memahami asas pemerhatian dan membezakan di antara
tingkahlaku yang subjektif dan objektif. Pemerhati juga perlu membezakan di antara deskripsi dan membuat
inferens. Supaya lebih tekal dan sistematik
pemerhati perlu menyediakan
borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan
kemahiran itu timbul.
4. Ujian kertas pensel.
Pentaksiran
menggunakan alat ujian kertas dan pensel amat popular untuk mendapat
maklumbalas atau data mengenai prestasi pelajar. Ujian boleh dibina samada
ujian objektif atau ujian subjektif. Penggunaan ujian gemar digunakan oleh
penilai kerana ia boleh digunakan dalam jangka masa yang singkat dan mudah
dikendalikan. Cabaran utama penggunaan alat ini ialah dalam pembinaan item
ujian samada objektif dan subjektif. Soalan-soalan yang dibina perlu
berkualiti, menepati sukatan pelajaran dan memenuhi dari aspek kesahan dan
keboleh percayaan.

No comments:
Post a Comment