Selepas menduduki sesuatu ujian, guru akan memeriksa
kertas jawapan pelajar berdasarkan contoh Peraturan Memberi Markah (PMM) yang
telah ditetapkan. Guru juga bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak
pentakbir sekolah, murid yang menduduki peperiksaan, ibu bapa atau pihak
berkepentingan tentang pencapaian atau kemajuan seseorang murid
Skor ujian tidak mendatangkan apa-apa makna kecuali guru
berupaya membuat tafsiran yang tepat dan sesuai. Skor 75 yang diperoleh oleh
seseorang pelajar dalam ujian matematik tidak memberi makna kecuali kita boleh mentafsirkannya
sebagai penguasaan yang lemah, sederhana atau cemerlang. Cuba
bayangkan bagaimana seorang guru dapat melakukan tugas memberikan skor dan
menggred kemajuan murid. Adakah mereka mempunyai sesuatu strategi?. Bab ini
membincangkan tentang pentafsiran skor ujian dan pemberian gred.
Penskoran adalah satu proses memberi skor kepada jawapan
pelajar (Mokhtar Ismail,1995). Skor adalah berbentuk numerik. Manakala
penggredan pula adalah proses memberi gred ke atas jawapan pelajar atau skor
pelajar. Biasanya dilaporkan dalam bentuk abjad yang terdiri
daripada 5 atau 6 kategori
iaitu A - cemerlang, B - Baik, C - Sederhana, D - rendah, E - tidak menguasai dan G-gagal. Pada umumnya
semua sekolah rendah dan menengah menggunakan gred seperti ini dalam laporan kemajuan.
12.1 Peratus lulus/gagal
Pentafsiran untuk Peratus lulus – gagal agak berbeza
dengan memberi gred A,B,C,D,E dan G. Sistem ini hanya memberitahu samada
seseorang pelajar itu lulus atau gagal dalam ujian yang diambil. Guru boleh
menetapkan peratus lulus ialah 50% ke atas manakala peratus gagal ialah 49%
kebawah daripada markah penuh 100%. Kaedah ini memudahkan guru dan secara tidak
langsung tidak memberikan tekanan kepada pelajar. Tetapi sistem ini kurang memberi maklumat tentang
prestasi pelajar berbanding gred berabjad. Dari segi kebolehpercayaan, sistem
dua kategori adalah rendah kebolehpercayanya berbanding dengan sistem lima
kategori. Pada diri murid, usaha mereka mungkin hanya untuk lulus ujian sahaja,
bukan untuk mendapat markah yang baik kerana penggeredan lulus-gagal telah melenyapkan
sebahagian daripada motivasi dan ganjaran untuk berusaha ke arah kecemerlangan.
Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa penggredan lulus-gagal telah mengwujudkan
rekod keputusan ujian yang tidak tepat dan tidak lengkap tentang pencapaian
pelajar.
Dalam konteks sistem pendididkan negara kita, penentuan
gred elok dilihat dari segi mata pelajaran apa yang sesuai dengan sistem gred
A,B,C,D,E dan G, dan apa yang sesuai dengan sistem lulus-gagal. Contohnya bagi
mata pelajaran Pendidikan Jasmani gred lulus-gagal adalah sesuai kerana tujuan
guru hanyalah untuk melihat keupayaan minimum dari segi kebolehan fizikal murid
dalam melakukan pergerakan otot tertentu.
12.2 Pelan
Tindakan untuk Pemulihan/Pengayaan
Berfikir (1 jam)
12.3 Cara memperbaiki pengajaran pembelajaran
Kepentingan
memberi gred adalah untuk mengetahui sejauh mana objektif pengajaran &
pembelajaran telah dicapai. Gred juga digunakan oleh guru untuk menunjukkan
pencapaian pelajar dalam penilaian sumatif seperti ujian akhir penggal/ujian
akhir tahun. Guru dapat mentafsirkan keputusan ujian yang baik atau
sebaliknya hanya dengan melihat serakan
skor –skor selepas ditaksirkan. Jika keputusan yang diperolehi
selepas sesuatu ujian kurang memuaskan,
guru seharusnya membuat refleksi tentang pengajaran yang telah dilaksanakan
samada telah memenuhi objektif pembelajaran murid.
Guru
perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu
pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang
dirancangkan. Antara peranan yang boleh digunakan oleh guru untuk
membaiki pengajaran dan pembelajaran adalah:
• mengatur langkah-langkah
yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan
• menguruskan aktiviti
pengajaran pemulihan
• menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran
• menyediakan bahan dalam
sesi pemulihan
• menjalankan aktiviti
penilaian untuk sesi pemulihan
• mengambil tindakan susulan
yang sewajarnya
Strategi
pemulihan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan
Konsep pengayaan
Ø sejenis
aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar
Ø memberi
peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari,
daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.
Ø selepas
mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu
Objektif-objektif pengayaan
- Menggunakan
kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk
memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-pelajaran
tertentu.
- Menjalani
aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk
mempertingkatkan pencapaian mereka.
- Menggunakan masa lapang
untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka.
- Memupuk tabiat membaca
malalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan
memperolehi ilmu pengetahuan.
- Menyemai sifat berdikari
dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya membolehkan
merekan terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup.
- Memperkembangkan
bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka
melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran,
binaan dan sebagainya.
- Memperkembangkan bakat
kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara kumpulan
mengikut pelbagai kebolehan.
Contoh-contoh Aktiviti
Pengayaan
Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan
biasanya ditumpukan kepada:
1. bacaan
(membaca)
2. tulisan
(menulis)
3. kiraan
(mengira)
Aktiviti
Pengayaan Bacaan (Membaca)
Ø
Sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad bacaan,
buku-buku cerita, majalah-majalah berunsur pendidikan.
Ø
Kad-kad bacaan mengandungi unsur-unsur Sains,
Pendidikan Moral, Hal-Ehwal Tempatan, Geografi dan Kesihatan.
Bahan bacaan yang sesuai digunakan ialah bentuk penerangan, pantun,
teka-teki, dialog, cerita dan berita.
Aktiviti
Pengayaan Tulisan (Menulis)
Ø
Biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja.
Ø
Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis
perkataan, biasanya disediakan dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang
menarik.
Aktiviti
Pengayaan Matematik (Mengira)
1. Permainan
- Ular dan tangga, domino, cantuman nombor dengan
bilangan benda, aktiviti juaI beli.
2. Teka-teki
- Meneka nombor, waktu, operasi.
3. Projek - Melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri
membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar, graf turus dan graf melintang.
Penyediaan Bahan Aktiviti Pengayaan
1. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan
kemahiran-kemahiran
yang baru dikuasai oleh
murid-murid.
2. Peringkat
kesukaran hendaklah sesuaikan dengan
kebolehan
murid-murid,tanpa memerlukan banyak bimbingan
daripada guru.
3. Bentuk aktiviti pengayaan haruslah menarik
dan mencabar.
Strategi
Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan
Mengikut rancangan
KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara:
1. Aktiviti pengayaan untuk semua
murid melalui kumpulan mengikut
kebolehan.
2. Aktiviti kumpulan menjalankan
aktiviti pengayaan dengan kumpulan
menjalankan aktiviti pemulihan.
3.
Aktiviti
pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan.
4.
Mengikut
rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga
cara:
i)
Aktiviti
pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan.
ii)
Aktiviti
kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan kumpulan menjalankan
aktiviti pemulihan.
iii)
Aktiviti
pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan.
No comments:
Post a Comment