12.1 Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Ujian Penilaian Sekolah
Rendah atau Ujian Pencapaian Sekolah Rendah adalah program pengujian yang
ditadbir secara berpusat untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir
sekolah rendah. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tahun Enam
pendidikan rendah. Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah
rendah dalam kemahiran asas mereka. Ia berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah ( KBSR ). UPSR dilapor berdasarkan pencapaian pelajar dalam setiap ujian
menggunakan skala lima-mata.
|
A
B C |
-
- - |
Sangat Baik
Baik Sederhana |
Pencapaian di atas
tahap penguasaan minimum (lulus)
|
|
|
|||
|
D
E |
-
- |
Lemah
Sangat Lemah |
Pencapaian di bawah
tahap penguasaan minimum (gagal)
|
Jadual
3.1 – Skala lima mata untuk penggredan UPSR
Jadual di atas adalah bertujuan untuk menggred
pelajar mengikut pencapaian mere bagi mendapatkan sijil.
13.3 Fokus Ujian
UPSR terbahagi kepada 2 bahagian
iaitu Bahagian A - 30 soalan objektif Aneka pilihan dan Aneka gabungan membawa 30
markah(pengetahuan Bahagian A- 30 %) yang ditakbirkan selama 45 minit atau 1
jam 15 minit. Soalan bahagian ini berdasarkan pengetahuan dan kefahaman Sains
Tahun 4, 5 dan 6 dari semua tema. Bahagian B mengumpul sebanyak 20 markah
(Kemahiran Proses Sains bahagian B- 20%-KPS) mengambil masa selama 30 minit.
Soalan berbentuk struktur dan mengisi
tempat kosong. Bilangan soalan antara 3
ke 5 ransangan dan setiap satu ransangan ada beberapa soalan kecil (a) hingga
(f).
Lima Kemahiran Proses Sains diuji
dalam UPSR iaitu Membuat inferens, Meramal, Mengawal pembolehubah, Membuat
hipotesis dan Mentafsir data. 5
KEMAHIRAN MANIPULATIF & 7 KPS DIUJI DALAM PEKA iaitu Memerhati, Mengelas,
Mengukur menggunakan nombor, Perhubungan ruang dan masa, Berkomunikasi dan
Mendifinasi secara operasi.
13.4
Implementasi
Pelaksanaan
UPSR mengikut panduan Lembaga Peperiksaan Malaysia yang diedarkan pada awal
tahun meliputi sukatan pelajaran sains tahun 4,5 dan 6. Pemantauan dilakaukan
secra berterusan oleh pihak Jabatan pelajaran Negeri dan Jabatan Pelajaran
Daerah untuk memastikan ujian UPSR dilaksana dan mengikut prosedur yang
ditetapkan.
Kaji format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah sekarang.Bincangkan dan
tulis laporan
samada format tersebut perlu pengubahsuaian atau pendekatan
baru. Adakah anda setuju UPSR
dimansuhkan?
Rujukan:
No comments:
Post a Comment