2.1 Bidang Pentaksiran
Selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara aspek-aspek penting dalam pendidikan di Malaysia
ialah untuk melahirkan warga negara yang berpengetahuan dan berkemahiran
serta memiliki nilai murni. Manakala
bagi subjek sains aspek satu lagi aspek penting ialah untuk diterapkan ialah
tentang sikap saintifik.
Oleh itu pentaksiran yang dilaksanakan
bertujuan menyemak sejauh mana bidang-bidang tersebut dapat dikuasai oleh murid-murid.
2.1.1 Pengetahuan
Pengetahuan atau ilmu (Knowledge) merujuk kepada kefahaman manusia terhadap
sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan
diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk
dimanfaatkan demi kebaikan manusia.
Ilmu merupakan
pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu
apabila datangnya sesuatu sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan
sesuatu kajian ataupun memerlukan kefahaman.Ilmu adalah berbeza dengan maklumat iaitu sesuatu
maklumat tidak bererti atau bermakna sekiranya ia tidak dapat dijadikan makna
atau mendatangkan makna kepada seseorang contohnya data-data dari komputer (binary
code) tidak bermakna sekiranya tidak dirangkumkan untuk dijadikan perisian
yang berguna kepada manusia dan ianya hanya akan kekal sebagai data.
Bagi subjek sains pengetahuan adalah berasaskan kepada
metodologi empirikal, bermakna ilmu sains berkembang melalui penerokaan, penyiasatan dan eksperimen.
Disiplin sains menekankan kepada dapatan-dapatan atau bukti-bukti yang konkrit
seterusnya membina teori-teori dan konsep-konsep sains yang seterusnya
berkembang membentuk pengetahuan baru kerana ilmu itu adalah sesuatu yang
dinamik.
Sebagai satu
bidang ilmu pengetahuan, sains
membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan kanak-kanak memahami alam
sekeliling mereka. Ilmu pengetahuan sains ini akan menjadi lebih bermakna kepada
murid jika mereka dibantu menghubungkan fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan
mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan
mereka memahami situasi dan maklumat baru.
Berasaskan
kaedah inkuiri, sains
dapat memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar mereka di samping
mendapatkan ilmu pengetahuan. Inkuiri secara saintifik juga memerlu dan
membolehkan murid memperkembangkan sikap yang positif.
2.1.2 Kemahiran
Kemahiran
proses sains perlu ditekankan kerana pertama, nilai penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek
adalah lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains.
Kemahiran proses yang
dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan
harian kita. Apabila murid-murid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan
dan mencari jawapan tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep
dengan sendiri .Kedua, menurut kajian yang telah dijalankan oleh
beberapa universiti di luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing tentang fenomena
alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah
semata-mata mempelajari sesuatu yang baru di sekolah tetapi membina atau
mengubahsuai pengalaman yang sediada melalui pendekatan inkuiri yang digunakan
oleh guru.
Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada:
* Memerhati
* Mengelas
* Mengukur dan menggunakan nombor
* Membuat inferens
* Meramal
* Berkomunikasi
* Menggunakan perhubungan ruang dan masa
* Mentafsir maklumat
* Mendefinisikan secara operasi
* Mengawal pembolehubah
* Membuat hipotesis
* Mengeksperimen
* Mengelas
* Mengukur dan menggunakan nombor
* Membuat inferens
* Meramal
* Berkomunikasi
* Menggunakan perhubungan ruang dan masa
* Mentafsir maklumat
* Mendefinisikan secara operasi
* Mengawal pembolehubah
* Membuat hipotesis
* Mengeksperimen
1.1.3 Sikap saintifik
Sikap saintifik ialah merujuk kepada sikap yang perlu ada pada
seseorang khususnya pelajar-pelajar kearah membentuk pemikiran, kemahiran dan
sikap sesuai sebagaiamana seorang saintis. Terdapat beberapa sikap
saintifik yang perlu ada iaitu;
1. Bersikap inkuiri
2. Mempunyai objektif (Objectivity)
3. Berfikiran terbuka (Open-mindedness)
4. Perseverance
5. Kemanusiaan (Huminity)
6. Sanggup menerima kegagalan (Ability to
2. Mempunyai objektif (Objectivity)
3. Berfikiran terbuka (Open-mindedness)
4. Perseverance
5. Kemanusiaan (Huminity)
6. Sanggup menerima kegagalan (Ability to
accept failure).
7. Skeptikal
7. Skeptikal
2.2 Bentuk Pentaksiran
2.2.1 Penilaian Formatif
- Penilaian dijalankan secara berterusan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Maklumat yang diperoleh daripada penilaian
formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil
pembelajaran telah dikuasai.
- Maka guru dapat mengetahui tentang
kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil
tindakan susulan yang sewajarnya.
- Guru
juga boleh menilai
kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat
dinilai secara berpusat.
2.2.2 Penilaian Sumatif
- Penilaian sumatif dikaitkan dengan
penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester.
- Penilaian ini memberikan nilai yang
membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali
digunakan untuk membuat pemilihan.
- Penilaian
secara berpusat iaitu UPSR,
PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia.
- Keputusan
penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid
di seluruh negara.
2.2.3 Autentik
Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang
berdasarkanpencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik
darjah.
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari
pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian
masalah, kemahiran sosial, sikap terhadappersekitaran, dan simulasi terhadap
situasi dunia sebenar.-
Dalam erti kata lain, pentaksiran
autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkanpelbagai bentuk
pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,kejayaan,
motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.-
Kepentingan Pentaksiran Autentik
dan Pentaksiran Performance BasedAutentik
-
Menghendaki
pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna
-
Menghendaki
pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya,
penulisan,penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir
secara kritis)
- Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan
melakukan penambahbaikan melaluipemikiran kritis dari masa ke semasa dalam
memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.
- Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan,
kemampuan yangada dalam dunia sebenar.
- kurang kepada kertas dan pensel lebih kepada amali, portfolio,
persembahan, pemerhatian, penulisan, lisan, pameran dan eksperimen
No comments:
Post a Comment