8.1 Definisi
Item subjektif merupakan satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk
menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif
pelajar calon melalui respon secara tulisan.
8.2 Kata Tugas
Kata tugas atau kosa kata ini bermaksud arahan yang terdapat di dalam
tugasan yang diberikan untuk pelajar memberi respon. Kegagalan menggunakan kata tugas yang sesuai
menyebabkan pelajar gagal memberi respon yang dikehendaki oleh tugasan dan
seterusnya mengganggu proses penilaian guru.
|
Bil
|
Kata Tugas
|
Respon Yang Diharapkan
|
|
1.
|
Apakah
|
Memberi maklumat yang khusus.
|
|
2.
|
Anggarkan
|
Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai
dengan jangkaan.
|
|
3.
|
Analisiskan
|
Membuat pernyataan terperinci tentang sesuatu
aspek atau perkara.
|
|
4.
|
Bandingkan
|
Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau
lebih item.
|
|
5.
|
Bincangkan
|
Perkongsian bersama mengenai sesuatu perkara.
|
|
6.
|
Bezakan
|
Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau
lebih perkara.
|
|
7.
|
Berikan Justifikasi
|
Membuat rumusan setelah semua pertimbangan diambil
kira.
|
8.3 Jenis
Item Esei
Item jenis ini paling digemari oleh guru kerana
senang disediakan berbanding dengan item objektif. Namun begitu permasalahan
timbul untuk memarkatkan markah, adalah guru menggunakan skema tertentu atau model jawapan untuk
membuat pertimbangan ketika member markah. Banyak pendapat mengatakan
bahawa item esei lebih baik berbanding ujian objektif kerana boleh memberikan
petunjuk sebenar pencapaian pelajar. Pelajar perlukan pengetahuan yang
mencukupi bagi membolehkan mereka menghubungkan fakta, konsep dan prinsip untuk
membentuk idea yang mantap. Keupayaan ini membolehkan item esei ini mengukur
idea pelajar yang lebih komplek.
8.3.1 Item
Gerakbalas Terhad
Item ini menghadkan isi dan bentuk jawapan calon, isi biasanya dihadkan melalui skop topik yang
disoal, panjang gerak balas yang diperlukan ditentukan oleh cara soalan
dikemukakan. Untuk menghadkan gerak balas jawapan calon ini, suatu
ruangan terhad sahaja diperuntukkan di dalam kertas soalan. Namun begitu kelemahan yang mungkin timbul
adalah perbezaan saiz tulisan pelajar yang menghadkan penulisan jawapan mereka.
Dalam menyediakan soalan jenis ini, guru bukan sekadar membina item jenis
mengingatkan fakta dan kefahaman sahaja tetapi mesti menjurus kepada kemahiran
menyelesaikan masalah.
8.3.1 Ciri Item Gerakbalas Terhad.
Menghadkan bentuk dan respons pelajar melalui skop yang disoal , ruangan jawapan tersedia, respons dalam satu frasa, beberapa ayat atau satu perenggan, kerencaman konstruk, tidak sesuai untuk menguji konstruk lebih tinggi, sukar mengumpulkan maklumat yang mencukupi tentang kemahiran kognitif, kemungkinan banyak respons meneka, peraturan
pemarkahan perlu jelas dan komprehensif .
8.3.2 Panduan
membina item soalan terhad
Item jenis respons terhad boleh
dibina dengan dua bentuk iaitu soalan dan lengkapan. Soalan bentuk lengkapan haruslah ada tempat kosong
di bahagian akhir pernyataannya.
8.3.2 Item
Gerak Balas Terbuka
Item jenis ini mempunyai ciri berikut ;
(i)
melahirkan idea merangka, memilih,
mengorganisasi fakta atau isi pelajaran.
(ii)
mempersembahkan idea dalam pelbagai cara secara lisan atau tulisan
(iii)
Menyatu dan menggabungjalinkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat
daripada pelbagai sumber pembelajaran
(iv)
Menghasilkan sesuatu idea yang asli
(v)
Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat
(vi)
Menerokai pelbagai pilihan, cara atau pendekatan bagi menyelesaikan
masalah
(vii)
Masa yang panjang untuk menskor
berbanding dengan soalan objektif
(viii)
Pemeriksa yang terlatih
untuk menskor
(ix)
Penyediaan set peraturan pemarkahan yang jelas dan
komprehensif
(x)
Tulisan perlu jelas
dan boleh dibaca
(xi)
Penskoran secara subjektif
(xii) Boleh wujudkan kesan halo
8.3.3 Panduan
Membina Item jenis terbuka.
Pastikan perkara yang hendak
ditaksir, peringkat mana perkara itu akan ditaksir ,
aras kesukaran yang ditetapkan dan aspek penting
dalam kurikulum diberikan perhatian .Untuk memastikan kesahan, soalan
hendaklah meliputi tajuk yang
luas dan pelbagai aras kemahiran.
Ungkapan “Huraikan”,
“Terangkan”, “Bincangkan”, “Bezakan”, “Bandingkan”, “Nilaikan”, “Rancangkan”,
“Tunjukkan” menunjukkkan soalan tersebut pada aras sukar dan terbuka.
Untuk memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan item, peraturan permarkahan hendaklah disediakan.Tugasan dalam
soalan perlu jelas, masa ditetapkan masa, pemberatan markah setiap soalan turut
dicadangkan manakala untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan, istilah dan bahasa yang digunakan dalam
soalan hendaklah spesifik.
No comments:
Post a Comment