5.1 Objektif
Ujian
Dalam pembinaan ujian langkah pertama ialah menentukan
tujuan atau objektif ujian tersebut.
Perkara ini sangat penting kerana ia akan menentukan bagaimana jadual
spesifikasi ujian akan disediakan. Dalam konteks bilik darjah, tujuan ujian
dikelaskan kepada empat iaitu ujian penempatan, ujian diagnostik, ujian
formatif dan ujian sumatif.
Ujian penempatan bertujuan untuk memperoleh maklumat yang
dapat digunakan untuk menempatkan murid dalam kumpulan tertentu. Ujian
diagnostik pula bertujuan untuk menentukan punca masalah supaya langkah
pemulihan dapat diambil dengan segera dan betul. Ujian formatif bertujuan untuk
menentukan kemajuan murid serta tahap penguasaan mereka dalam pelajaran. Ujian
sumatif pula mengukur pencapaian murid pada akhir tahun atau pada akhir sesuatu
kursus untuk tujuan penggredan dan pemeringkatan.
5.2 Tempoh
Masa dan Jenis Ujian
Secara umumnya terdapat dua jenis ujian berdasarkan tujuan
penilaian itu dibuat, iaitu ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria.
Ujian rujukan norma dijalankan bagi membandingkan pencapaian seseorang murid
dengan murid yang lain dalam satu ujian yang sama. Ujian rujukan norma biasanya
meliputi satu bidang pelajaran yang luas dan selalunya untuk penilaian sumatif. Ia juga digunakan untuk mengukur perbezaan
pencapaian individu. Ujian ini
disediakan menggunakan jadual spesifikasi ujian serta merangkumi pelbagai tahap
kesukaran untuk mendapatkan diskriminasi maksimum antara calon.
Ujian rujukan kriteria pula digunakan untuk membandingkan
pencapaian dengan kriteria yang ditentukan. Ia lebih tertumpu pada tugas-tugas
pembelajaran yang terhad. Bagi menyediakan ujian ini kriteria secara terperinci
perlu disediakan. Taraf mutlak menentukan peringkat pencapaian calon. Ia
digunakan dalam penilaian formatif iaitu untuk mengukur penguasaan sesuatu
kemahiran. Peringkat kesukarannya hampir sama.
5.2.1 Ujian Pencapaian
Ujian
pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu
kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik
yang telah dipelajari. Ujian pencapaian boleh dijalankan dalam bentuk membuat
perbandingan dengan pelajar lain dalam sesuatu bilik darjah (rujukan norma)
atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik (rujukan kriteria)
sesebuah dalam kurikulum. Kebanyakan pembinaan ujian pencapaian serta penskoran
adalah berteraskan ujian rujukan norma. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur
aspek pencapaian akademik, attitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian
pencapaian akademik dapat mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Ujian
ini dibina oleh guru dan pada peringkat institusi seperti Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Penggubalan pada
peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik darjah. Manakala bagi pencapaian
peringkat pusat dikenali sebagai UPSR, PMR, SPM, STPM dalam sebagainya.
5.2.2
Ujian Kecerdasan
Ujian
kecerdasan dikenali juga ujian mental. Ujian ini cuba mengukur perbezaan di
antara individu. Ujian ini banyak mengalami perubahan serentak dengan
perkembangan bidang psikologi. Sejarah ujian ini bermula sejak tahun 1796.
Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada tahun 1969 apabila beliau cuba
mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta pencapaian intelektual di
antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam mengukur
aspek mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet (Abu Bakar, 1986). Ujian
kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon.
Bagi
kanak-kanak ujian kecerdasan tidak menekankan aspek kebahasaan. Ujian ini
mencerminkan pengalaman pada peringkat kanak-kanak. Ujian kecerdasan memberikan
bukti secara tidak langsung tentang potensi yang ditunjukkan murid-murid
berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan
pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan
lain seperti Ujian IQ, Skala Stanford-Binet, Weschler, Ujian Lorge-Thorndike
dan lain-lain.
5.2.3
Ujian Prestasi
Ujian
prestasi memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan
kepada menjawab soalan. Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan
murid-murid melakukan sesuatu tugasan yang diberi berbanding hanya menjawab
soalan sahaja. Hal ini kerana maklumat personaliti seseorang tidak bernilai
jika dia menyedari bahawa dia sedang dinilai. Dengan itu dia akan melakukan
dengan sebaik yang mungkin. Dalam konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas
boleh dianggap sebagai `baik’. Misalnya tidak ada ukuran baik atau buruknya
minat seseorang itu pada dunia perladangan. Individu yang berminat boleh
meneruskan ladang dan sebaliknya boleh memilih bidang lain yang bersesuaian
dengan minatnya.
Pada
umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah
seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar.
Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa murid melaksanakan tugas yang diberikan,
misalnya perbincangan kumpulan, peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui
laporan kendiri pelajar sendiri menilai diri sendiri melalui soal selidik
tertentu yang menilai peribadi diri.
5.2.4
Ujian Diagnostik
Ujian
ini mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam pengajaran
dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan
berlaku. Pentadbiran ujian ini bertujuan untuk menentukan kedudukan murid dalam
pelajarannya dan mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan murid dalam
pembelajarannya. Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti maka tindakan
selanjutnya dalam merancang dan memulihkan keadaan yang berlaku dapat
dilaksanakan.
Ciri-ciri
ujian diagnostik termasuklah ujian tidak memberikan skor atau gred kepada
murid. Disebabkan ujian ini untuk memperbaiki kelemahan tertentu, maka ujian
ini dilaksanakan pada masa pengajaran dan pembelajaran masih berjalan bukan
pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada ujian dalam
ujian ini diterjemahkan dalam bentuk profil individu berasaskan skor tentang
aspek-aspek pembelajaran. Profil yang dibuat dapat memperlihatkan kepada guru
tentang aspek yang belum dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid. Contoh ujian
diagnostik seperti ujian menilai bacaan murid yang bertujuan mengenal pasti
kemahiran murid untuk mengenal huruf dan menyebut huruf.
Ujian
ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan
peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid
berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu melibatkan pensel dan
kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventory,
pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa.
5.2.5
Ujian Kecekapan
Ujian
kecekapan ialah ujian yang digunakan oleh seseorang guru untuk menguji
kebolehan atau kecekapan seseorang murid atau calon dalam melaksanakan sesuatu
tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya ujian ini melibatkan penggunaan
instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas serta tidak
semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan pensel-kertas melainkan sewaktu
mendapatkan arahan. Contoh ujian kecekapan seperti ujian pada peringkat
pra-persekolahan dengan meminta murid mencantum-cantumkan perkataan dengan
gambar yang diberikan atau membina semula gambar dengan lengkap daripada
potongan-potongan gambar yang diberi atau menjalankan uji kaji menggunakan
radas tertentu.
5.2.6
Ujian Bakat
Ujian
yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu
dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh
seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua
kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran.
Misalnya pada tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota
tentang bakat mekanikal; dan (ii) ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan
sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu.
Pada
umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan prestasi masa
depan calon. Ujian ini lazimnya digunakan untuk pemilihan calon melakukan
pekerjaan tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan
sebagainya. Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan individu dalam
kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu.
5.2.7
Ujian Personaliti
Ujian personaliti ialah ujian yang disediakan
untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan ,
minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen
psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks. Contoh ujian
personaliti seperti Ujian Keirsey Temperament.
5.2 Jadual
Spesifikasi Ujian
Jadual spesifikasi ujian(JSU) merupakan pelan utama
kepada penggubal item ujian. JSU
merupakan satu jadual dua hala yang membekalkan maklumat-maklumat penting
kepada penggubal ujian. Maklumat yang didapati dalam JSU ialah:
1.
Tajuk atau topik yang akan diuji
2.
Bentuk
dan panjangnya ujian
3.
Aras
kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
4.
JSU
yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan
kesahan
dan kebolehpercayaan ujian itu.
5.
Pembahagian
soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan
penegasan
yang diberi dalam pengajaran.
6.
Kepentingan
aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang
akan
diuji.
7.
Terdapat
dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan
soalan
subjektif.
8.
Penggubal
soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
Masa
mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab.
9.
Bilangan item mengikut tajuk,kemahiran dan aras kesukaran.
Bilangan
item ujian bagi setiap topik ditentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan
untuk pengajarannya di bilik darjah. JSU juga menetapkan bilangan soalan
senang, sederhana dan sukar mengikut aras kesukarannya.
Secara
umumnya JSU mempunyai kepentingan yang tidak dapat disangkalkan antaranya:
1.
Mengelakkan ujian yang dibuat secara sembarangan
2. Menjamin kesahan
dan kebolehpercayaan ujian
3. Satu
panduan dan penentu kepada penggubal ujian
4. Menentukan
bidang serta pemberatan yang akan diberi dalam sesuatu ujian
5. Memantapkan
taraf serta aras kesukaran dari semasa ke semasa
6. Membolehkan
perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain
7.
Membolehkan sesuatu ujian dibina oleh penggubal soalan
yang lain.
Bagi memudahkan guru menyediakan JSU ada beberapa langkah
yang perlu diikuti;
Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.
Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina.
Contohnya;
soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.
Langkah tiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)
Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.
Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.
Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina.
Contohnya;
soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.
Langkah tiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)
Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.
Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.
Berikut adalah satu contoh bentuk JSU ringkas
Jenis soalan :
Objektif
Bil
|
Topik
|
Pengetahuan
|
Kefahaman
|
Aplikasi
|
Jumlah
|
1
|
a
|
1
|
2
|
2
|
|
2
|
b
|
3 , 4
|
5
|
3
|
|
3
|
c
|
6
|
7, 8, 9
|
10
|
5
|
10
|
5.3 Taksonomi
Bloom
Taksonomi ialah
kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma
berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Dalam bidang
pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis
bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang
melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap dan psikomotor. Terdapat
tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan
pemikiran pelajar yang menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan,
pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain afektif pula melibatkan
perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap,
apresiasi dan cara penyesuaian diri. Seterusnya adalah domain psikomotor yang
melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif
Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam
pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun
1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang
melibatkan otak dan pemikiran manusia.
5.3.1 Domain
Taksonomi Bloom
Domain taksonomi
Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak
hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.
Terdapat enam
elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom. Elemen – elemen tersebut pula
telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan
pemikiran aras tinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa
yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.
5.3.2 Elemen-elemen
dalam Aras Taksonomi Bloom
Elemen pertama
adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini
menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau
pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras
pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan
istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan
tentang proses, aliran, pemeringkatan, pengkelasan, teknik atau prosedur
tertentu dalam menyelesaikan masalah. Aras yang ketiga adalah pengetahuan
tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang
contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan bagaimana. Ciri-ciri khusus
soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk
mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan
prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.
Elemen yang kedua
ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau
makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang
pertama penterjemahan yang memerlukan murid menerangkan makna tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah
mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau
maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi
iaitu membuat ramalan tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan
berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah
seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat
menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.
Perkataan yang
sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan,
huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.
Elemen yang ketiga
adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori,
prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami
segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi
biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya
melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras
ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.
Elemen yang
berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk memecahkan
sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara
unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur – unsur
dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur
iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti
untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu
membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis
prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang
digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan
pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan
proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan
memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.
Elemen yang kelima
adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan
sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini
penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid
cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain.
Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk
menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu
rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu
hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set
hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu
fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi
berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data
atau faktor yang diberi.
Elemen yang
terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai
sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat
pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu
idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti
tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras
penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu
bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan
sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan
dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi
bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik,
ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari
segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua
adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk
kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya
perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai
kebudayaan tertentu.
Rumusan
Taksonomi Bloom
menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan
perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan,
pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam
elemen yang terdiri dariapda dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras
pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian.
Elemen ini disusun
secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah kepada aras
pemikiran tinggi.
5.4 Taksonomi SOLO
Taksonomi SOLO singkatan
dari:
Structure (Struktur),Observed(Pengamatan),Learning(Belajar),Outcomes(Hasil)
Ini dikembangkan oleh Biggs dan Collis (1982), dan juga dijelaskan dalam
Biggs dan Tang (2007)Taksonomi ini menggambarkan tahap kefahaman pelajar. Melalui
lima tahap, yang menggambarkan peringkat-peringkat kefahaman pelajar ke atas
sesuatu tajuk atau konsep yang dipelajari. Ada lima tahap kefahaman pelajar
iaitu;
1.
Prastruktur: Di sini pelajar memperoleh
maklumat yang tidak berhubungan antara satu dengan yang lain. Justeru
kefahaman yang diperoleh juga secara kabur dan tidak jelas
2.
Unistruktur: Menunjukkan perhubungan yang sederhana dan jelas,namun
belum cukup kuat untuk memberikan penjelasan.
3.
Multistruktur: Berlaku banyak perhubungan antara maklumat. Namun masih
tidak dapat membuat penjelasan atau kesimpulan secara menyeluruh
4.
Perkaitan: Pelajar telah dapat mengaitkan kesemua fakta dan maklumat
serta dapat menjelaskan sama ada secara khusus atau pun secara menyeluruh.
5.
Abstrak: Pelajar mampu melakukan hubungan secara menyeluruh tidak hanya
dalam ruang lingkup tertentu, tetapi juga merangkumi persekitarannya. Mampu
melakukan generalisasi dan memindahkan prinsip-prinsip dan idea-idea yang dipelajari.
Dikutip dari :
http://www.learningandteaching.info/learning/solo.htm
No comments:
Post a Comment