6.1 Kebolehpercayaan item ujian
Kebolehpercayaan
ujian merujuk kepada ketekalan ujian iaitu adakah ujian tersebut dapat mengukur
secara konsisten. Sebagai contoh sesuatu
alat pengukur itu dikatakan boleh
dipercayai atau mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika ia sentiasa
memberikan bacaan yang sama atau konsisten setiap kali digunakan untuk
mengukur. Begitu juga sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika ia
memberikan markah yang sama setiap kali diuji kepada seorang pelajar yang sama.
Namun demikian perlu diingat iaitu sesuatu item ujian itu mungkin mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
tetapi adakah ia dapat memenuhi objektif item tersebut(sah),
iaitu apa yang hendak diukur oleh item tersebut. Satu item yang baik
mestilah memenuhi kedua-dua perkara tersebut.
Untuk menjamin
kebolehpercayaan yang tinggi sesorang guru harus mengawal keadaan ujian supaya
ia tidak menimbulkan perbezaan atau selisih antara calon. Antara
langkag-langkah yang boleh diambil ialah:
1.
Gunakan bahasa serta istilah yang tepat
dan mudah difahami supaya calon tidak keliru.
2. Sediakan arahan yang jelas dan mencukupi. Arahan yang
diberi secara lisan harus juga diberi secara bertulis.
3. Bilangan soalan harus mencukupi. Semakin banyak
soalan(yang setara) semakin tinggi kebolehpercayaannya.
4. Masa yang diberikan harus mencukupi.
5. Keadaan ujian yang sama(arahan, soalan, masa dan keadaan
fizikal) harus disediakan untuk semua calon.
6.
Skema pemarkahan yang objektif harus
disediakan dan skema yang sama digunakan untuk semua calon.
Kebolehpercayaan sesuatu ujian dipengaruhi
oleh beberapa faktor seperti:
1.
bilangan soalan
2.
panjang soalan
3.
kesukaran soalan
4.
kejelasan soalan
Bilangan
Soalan
Pada umumnya, sekiranya faktor-faktor yang lain
tidak berubah, ujian yang
lebih panjang mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Ini
bermakna ujian yang mempunyai lebih banyak soalan adalah lebih boleh dipercayai
Panjang
Soalan
Sekiranya masa ujian tetap, ujian yang
mengandungi sebilangan besar soalan pendek akan mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang lebih tinggi.
Kesukaran
Soalan
Pada umumnya, ujian yang mengandungi soalan
yang kesukarannya sederhana akan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih
tinggi.
Kejelasan
Soalan
Soalan yang tidak jelas tugasannya akan
mengurangkan tahap kebolehpercayaan ujian.
6.1.1 Prosedur
menganggar kebolehpercayaan skor ujian.
Terdapat
dua prosedur yang sering digunakan dalam menganggarkan kebolehpercayaan skor
ujian.
1. Pentadbiran
dua ujian.
(a)
Kaedah uji dan uji sekali lagi (Test Retest Method)
(b)
Kaedah ujian bentuk setara (Parallel Form Method) atau kaedah bentuk selang-seli (Alternate Form Method)
·
Merupakan kaedah terbaik dalam membuat anggaran kebolehpercayaan pengukuran
akademik.
·
Kebolehpercayaan
bentuk setara juga disebut sebagai teknik selang seli atau bentuk selari
·
Kaedah
ini digunakan untuk mengelakkan
calon dari mengingat item yang diuji
·
Skor
kedua-dua ujian yang ditadbirkan kepada calon yang sama
·
Sekiranya
kedua-dua ujian itu ditadbirkan secara bergilir, maka pekali kebolehpercayaan
dipanggil sebagai pekali penyetaraan
·
Pekali ini menggambarkan variasi
prestasi calon antara ujian pertama dengan ujian kedua. Sekiranya calon diuji
dengan bentuk 1 pada satu ketika dan bentuk 2 pada ketika yang lain, kedua-dua
bentuk ini adalah setara
·
Skornya
dikorelasikan, maka kita akan dapat pekali kestabilan dan penyetaraaan
·
Ujian
bentuk setara ini dibina secara berasingan dan mestilah memenuhi spesifikasi
berikut:
·
sama bilangan
·
sama bentuk
·
sama arahan
·
sama tempoh ujian
·
sama format
·
sama kandungan
·
sama julat
·
sama aras kesukaran
·
soalan berbeza
2. Pentadbiran
satu ujian.
Kaedah belah dua (Split half method)
(a) Kaedah Belah Dua.
·
Pembina memberikan satu bentuk ujian
kepada satu kumpulan calon.
·
Untuk menskorkan ujian, pembina membahagikan item kepada dua sub-ujian.
·
Setiap ujian mengandungi ½ daripada
bilangan item yang asal.
·
Tujuan membahagikan kepada dua
sub-ujian ialah untuk mendapatkan dua ujian yang selari mungkin.
6.2.1
Kesahan Item Ujian
Kesahan ujian merujuk kepada kualiti ujian yang betul-betul dapat
mengukur dan menilai dengan tepat. Secara ringkasnya sesuatu ujian itu dikatakan sah
jika maklumat yang diperoleh adalah benar. Kesahan ujian bergantung kepada masa, situasi
dan kumpulan sasaran yang diukur dan dinilai. Setiap ujian yang dibina
oleh guru haruslah disemak
bagi menentukan penggunaannya adalah sah setiap kali ia ditadbirkan. Kesahan ujian adalah
berkaitan dengan pengertian sejauh mana
markah yang diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat diinterpretasikan
sebagai ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah dirancang diukur itu.
Dalam
peperiksaan, isu mengenai kesahan ujian itu difokuskan kepada soal sama ada
keperluan kesahan isi kandungan sukatan pelajaran telah dipenuhi atau tidak.
Secara ringkas, kesahan isi kandungan adalah berkaitan dengan isu sama
ada isi kandungan sesuatu ujian itu merupakan sampel yang “representatif”
bidang pengetahuan atau kemahiran yang sepatutnya diukur. Ini diambil menjadi
satu indikator atau penunjuk bagi menunjukkan mutu ujian tersebut.
Oleh itu sesuatu ujian itu dianggap sah
selagi ujian itu dapat mengesan dan mengukur apa yang sepatutnya ia ukur.
Ia juga merujuk kepada kesesuaian, keertian dan kebergunaan sesuatu inferens
yang akan dibuat daripada interpretasi skor ujian itu.
Kesahan boleh dibahagikan kepada tiga
kategori:
1.
kesahan konstruk,
2.
kesahan isi
kandungan,
dan
3.
kesahan
kaitan-kriteria.
Kesahan Konstruk
Ujian boleh digunakan dalam berbagai keadaan dan
untuk berbagai tujuan. Adalah penting kita memahami apakah keertian yang boleh
diberikan kepada markah ujian yang diperoleh itu dan bagaimana ianya
diinterpretasikan berkaitan
seseorang individu yang mengambil ujian tersebut. Sesuatu ujian dibina
untuk mengukur sesuatu konstruk.
Satu ujian mungkin dibina untuk mengukur kebolehan
individu menyelesaikan masalah matematik. Kebolehan menyelesaikan masalah
matematik pada sesuatu peringkat adalah satu konstruk. Ujian bakat muzik
mengukur konstruk kebolehan dalam bidang muzik dan memberi petunjuk kepada kita
sama ada seseorang individu itu mempunyai kebolehan dalam bidang muzik. Ujian
Fizik SPM mengukur pencapaian pelajar pada peringkat tingkatan 4 dan 5 dalam
kurikulum Fizik SPM.
Kesahan Kandungan
Kesahan Isi Kandungan adalah aspek yang
terpenting di dalam proses pembinaan ujian. Ujian adalah pensampelan yang representatif tingkah laku pelajar
dalam sesuatu kurikulum, supaya markah atau skor yang diperoleh nanti daripada
ujian tersebut adalah gambaran yang representatif pengetahuan dan kemahiran
pelajar dalam kurikulum tersebut.
Untuk memperoleh kesahan ini satu Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU) dibina. Jadual ini akan mengandungi maklumat yang
terperinci mengenai kurikulum yang diuji tentang isi kandungan kurikulum,
kemahiran yang akan diuji, taraf kesukaran, bilangan item, dan juga wajaran
atau pemberatan setiap tajuk dan subtajuk kurikulum itu. Berpegang teguh kepada
JSU menjamin ujian menguji apa yang ia sepatutnya menguji.
Kesahan Kaitan-Kriteria
Kesahan Kaitan-Kriteria mengaitkan
kesahan ujian kepada sesuatu kriteria yang ditentukan. Yang dikaitkan ialah skor
ujian itu dengan kriteria. Kekuatan pertalian skor ujian dengan kriteria diukur
melalui teknik korelasi.
Sehubungan dengan ini terdapat dua
jenis kesahan iaitu:
1.
kesahan ramalan, dan
2.
kesahan
serentak/semasa.
Kesahan Ramalan
Kesahan Ramalan berkait
rapat dengan tujuan ujian,
iaitu meramal sesuatu. Ia sangat-sangat bergantung kepada kebolehan skor ujian itu membuat ramalan tentang
prestasi masa hadapan pelajar.
Kesahan Serentak/Semasa
Kesahan
Serentak/Semasa merujuk kepada kesahan sesuatu ujian yang seiras dengan sesuatu ujian
yang lain yang sedia ada. Pertalian korelasi di antara ujian yang baru
dengan ujian yang sedia ada itu mengukur kekuatan kesahan serentak/semasa.
Kesahan ini juga digunakan apabila kita memerlukan
mengujudkan satu kaedah baru (yang lebih baik) untuk menggantikan kaedah lama
yang sedia ada. Pertalian korelasi markah ujian yang digunakan di dalam kedua
kaedah itu menggambarkan kekuatan kesahan serentak/semasa.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan kaitan-kriteria
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan
kaitan-kriteria adalah seperti berikut:
1.
Tempoh masa di antara
peramal dengan kriteria. Lebih lama jarak masa, membolehkan peramal menambah
ilmu dan pengalaman. Ini akan mengurangkan kesahan ramalan.
2.
Kebolehpercayaan
ujian yang digunakan. Kebolehpercayaan yang rendah mengurangkan kesahan.
3.
Populasi, bilangan item dalam
ujian, panjang soalan dalam ujian, kejelasan soalan dalam ujian, panjang masa
ujian, kesukaran ujian, semuanya mempengaruhi kebolehpercayaan ujian. Dengan
itu sudah tentu akan mempengaruhi kesahan ujian.
No comments:
Post a Comment