Masa aku kecik dulu aku memang suka ngan basikal ni.. walaupun jatuh berkali-kali namun aku tetap tak serik , makin laju ade laa time bawak basikal ni. Pengalaman mengajar kita untuk terus mara ke hadapan, yang tu laa aku suke sangat ngan basikal sebab selagi kita ada kemahuan, kita akan terus mengayuh kehadapan.
Ramai tidak tahu bahawa sukan basikal melibatkan
pengetahuan Sains (kiraan nadi, denyut jantung, kadar pernafasan,
makanan untuk tenaga, daya dan tujahan dan lain-lain) strategi
(bagaimana untuk mengekalkan tenaga dan bila untuk bertindak) dan
mewujudkan semangat berpasukan serta membina motivasi diri.
Sebenarnya aku kini sedang menuntut ilmu di IPG Kampus Dato Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Mende la IPG ni? Institut Pendidikan Guru atau dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Insyallah keluar nanti jadi guru laa aku ni. hahaha..
Masa first time aku sampai Terengganu Darul Iman ni, Aku bukannya ade basikal pun, tapi aku tengok berlambak basikal dekat garaj motor. aku dengan geng2 aku pun memulakan operasi untuk membaiki basikal yang rosak dengan menggunakan duit elaun kami. Mase kami mula2 buat aritu memang seronok laa, ramai je orang nak join tapi lame2 makin kurang (aku pun tak tahu kenapa). Yang jadi kenangan sampai sekarang basikal aku mase tu masih lagi berfungsi sampai sekarang walaupun mase mule2 aritu cam basikal buruk tapi aku nampak potensi rangka cam boleh pergi jauh laa. bawah ni basikal first aku baiki, rangka cam roadbike ala fixie gitu (bangga laa siot).. sayang basikal aku ketat2..

Kalau kita berkayuh basikal ramai2 memang best lagi ngan member. walaupun tujuan pertama mase kami baiki basikal2 tu untuk wat keluar makan je tapi kami ade gak event kayuhan santai sampai ke bandar Kuala Terengganu. Nanti aku post pasal event2 tu.. insyallah..
Sampai sini laa dulu untuk pengenalan blog aku.. ade mase nanti aku post pasal kenangan kayuhan kami di IPG KDRI ni.. Sekian.. Wasalam..
Euwwww...haha
ReplyDelete